RESEPI SIMPLE TAPI SEDAP: Lontong
MASAK-MASAK WITH ATTA!!
Harini i nak share resepi lontong. Tapi bahan2 yang i nk share ni sesuai untuk 10 orang atau lebih.
Lontong |
Bahan-bahan:
1/2 Sengkuang
Kacang panjang
1 Carrot@Lobak merah
Tauhu (4)
Kubis (separuh)
Udang kering (segenggam)
1 Bawang besar
3 kiub ikan bilis
Serbuk maggie cukup rasa
Garam
Gula
Santan
1 sudu Serbuk kunyit
1 batang serai
Air (ikut nk kuah banyak mana)
Nasi impit
Cara-cara:
1. Rebus nasi impit dalam 1 jam setengah dengan 1 sudu garam.
2. Blend udang kering and 1 bawang besar. Udang kering tu direndam dalam air panas sekejap and time blend tu blend dengan air2 dia.
3. Masukkan 2 litre air ke dalam periuk
4. Masukkan bahan yang dah diblend tadi, masukkan serbuk kunyit, 3 kiub ikan bilis, 1 batang serai yang ditumbuk and segala perasa garam gula maggie cukup rasa.
5. Masukkan santan. Lepas dah mendidih slowkan api baru masukkan santan kalau tak nanti kuah tu ada ketul2 santan.
6. Lepas dah cukup manis masin..masukkan sayur2. Masukkan semua kubis, sengkuang, kacang panjang, tauhu and carrot. Cara potong tu ikut suja hati hahaha. Macam i potong memanjang.
7. Biar mendidih kejap and tutup api. Jangan masak lama2 bila dh masukkan sayur nanti layu sangat. Dah siappp.
Selamat mencubaaa❤
💖💖💖
Comments
Post a Comment