RESEPI SIMPLE TAPI SEDAP: Sup bayam & Telur masak kicap.
MASAK-MASAK WITH ATTA! Day 1
Since now tengah cuti sem, i will take this opportunities untuk belajar memasak. I do know how to cook but i akan always lupa resepi dia. I ni dory hhahhaha i ada short term memory lost. Kurang reti masak..but i rajin (promote diri). All the recipe that im about to share with you guys ni semua masakan yang senang je. Kalau rasa macam "ala tu pun nak share.." Blog i so sukati la hahahaha
If i betul2 rajin i will buat youtube channel masak2. If rajin. If. So today i nak share on how to cook sayur bayam or spinach and telur kicap. 2 lauk ni sesuai la untuk student yang tiba2 rasa teringin nak masak. Kalau tak asyik makan telur dengan kicap je..so now kita upgrade sikit.
Sayur Bayam Sos Tiram |
Bahan A:
3 ulas bawang putih @ garlic (hiris)
1/2 bawang besar @ onion (hiris)
Bahan B:
Kicap cair
Sos tiram
Serbuk maggie cukup rasa @ garam and gula
Serbuk pati ikan bilis
Cara-cara:
1. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. (Jangan banyak sangat. Setakat untuk menumis. Ikut cita rasa masing-masing. Kalau suka kuah dia banyak minyak letak la satu botol minyak).
2. Tumis Bahan A sampai bawang putih and bawang besar tu dah jadi warna brown2 sikit. (Bahan A tu kalau nak tumbuk ke nak blend ke pun boleh. Ikut cara masing2)
3. Masukkan bayam dan gaul bersama Bahan A. (Bayam tu jangan main letak je. Basuh dulu. Bayam ni kena basuh betul2 kalau tak nanti kuah kita ada macam pasir2 tu. HANG NAK KA MAKAN PASIAQ?! taknak kan? so basuh elok2. Tak payah potong pun sebab nanti sayur bayam ni kecut.
4. Agak macam dah layu sikit sayur bayam tu, masukkan Bahan B. (Masukkan ikut tekak masing2. Nak masin tambah banyak sikit kicap cair or garam..nak manis letak la gula. Sos tiram tu tak payah letak banyak. 1 or 2 sudu dah cukup.
5. Dah keluar cam bubble2 tu means dah mendidih la so boleh la tutup api and hidangkan.
Telur Kicap Sempoi |
Bahan-bahan:
Telur
Kicap manis
Kicap pekat abc
5 Cili padi (ikut la nak pedas mana)
1 or 2 Cili merah
1 biji Bawang besar
Gula & garam @ Serbuk maggie cukup rasa
Cara-cara:
1. Goreng telur (letak kat mana2 pinggan dulu sebab kita nk masak kicap tu pulak)
2. Masukkan bahan-bahan yang i dah bagitahu tadi. Kicap manis and kicap pekat abc tu ikut selera nk banyak mana (2 sudu max. for kicap abc). Cili padi, cili merah and bawang besar kena hiris. Masukkan garam or gula or maggie cukup rasa.
3. Gaul dan dah boleh hidang.
💖💖💖
Comments
Post a Comment